Mulai tahun 2009 juga, MARA akan mewujudkan MRSM (AGAMA) di Kota Putra, Besut. Sistem pendidikan MRSM Agama ini merangkumi Pengajian Al-Quran (Hafazan), Bahasa Arab dan bahasa-bahasa lain seperti Bahasa Mandarin dan Bahasa Jepun selain subjek teras seperti yang sedia ada di MRSM.
Syarat-syarat kelayakan masuk ke MRSM:
1. Warganegara Malaysia.
2. Permohonan ini terbuka kepada pelajar sekolah Bumiputera tahun enam dan bukan Bumiputera tahun enam yang sedang menuntut di Sekolah Kebangsaan atau Sekolah Rendah Kebangsaan.
3. Pemohon hendaklah memperoleh keputusan 5A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun 2008.
Syarat-syarat kelayakan masuk ke MRSM Agama:
1. Warganegara Malaysia.
2. Permohonan ini terbuka kepada pelajar sekolah Bumiputera tahun enam yang sedang menuntut di Sekolah Kebangsaan atau Sekolah Rendah Agama Negeri atau Sekolah Rendah Agama Rakyat.
3. Pemohon hendaklah memperoleh keputusan 5A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun 2008 atau sekurangkurangnya 5A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (Agama), berkebolehan membaca Al-Quran dengan baik dan mempunyai minat dalam bidang agama.
4. Pemohon ke MRSM Agama akan ditemuduga.
Cara memohon borang
1. Pemohon hendaklah datang sendiri ke Pejabat Mara Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur / Negeri atau Daerah yang berdekatan untuk mendapatkan borang permohonan bermula pada hari keputusan UPSR 2008 diumumkan secara rasmi iaitu 13 November 2008.
2. Pemohon hendaklah membawa Salinan Surat Beranak serta Salinan Keputusan UPSR 2008 yang telah disahkan semasa membeli borang.
Jualan borang permohonan akan ditutup 10 hari bekerja selepas keputusan UPSR diumumkan secara rasmi.
Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dikembalikan tidak lewat dari 3 hari bekerja selepas tarikh tutup jualan borang permohonan ke alamat seperti yang berikut :
Pengarah, Bahagian Pendidikan dan Latihan (Menengah), Tingkat 19, Ibu Pejabat MARA, 21, Jalan Raja Laut, 50609 KUALA LUMPUR.
Selain syarat kelayakan, keutamaan akan diberikan kepada calon seperti yang berikut :
1. Bergiat aktif dalam bidang kepimpinan, sukan dan permainan, kelab dan persatuan serta pasukan pakaian seragam.
2. Berasal daripada keluarga berpendapatan rendah dari sekolah pedalaman, luar bandar atau kawasan bandar yang meliputi kawasan setinggan atau kawasan daif.
Pemohon yang ditawarkan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP, SBPI) Kementerian Pelajaran tidak akan ditawarkan ke MRSM.
Pemohon yang berjaya sahaja akan dihubungi. Sekiranya pemohon tidak menerima sebarang jawapan sehingga 30 April, 2009 permohonan anda dianggap tidak berjaya.
Untuk maklumat lanjut sila layari laman web MARA atau Peraturan Kemasukan ke MRSM atau hubungi 03 2691 5111.
oUr fRiEnds:)
~craCk~
~fWenS $4 Eva
Thursday, December 11, 2008
MRSM baru
Posted by no way mem...... at 4:49 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment