CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

oUr fRiEnds:)

~craCk~

~craCk~

~fWenS $4 Eva

~fWenS $4 Eva

Saturday, June 6, 2009

AdAkAh KAu lUpA

Sebenarnya kisah Palestin tenggelam dan timbul kerana banyak isu lain yang lebih diutamakan di dalam akhbar-akhbar dan media massa. Sehinggalah beberapa hari ini Israel semakin mengganas dan membunuh lebih 300 orang Palestin.Apa hebatnya Palestin sehingga semua umat Islam perlu mengambil cakna kepadanya?Palestin dianggap tanah suci umat Islam berdasarkan firman Allah swt yang bermaksud :
"Wahai kaumku! Masuklah kamu ke tanah suci yang telah Allah swt perintahkan bagi kamu sekalian." (Surah al-Maidah : ayat 21)
Palestin adalah tanah yang diberkati Allah. Firman Allah swt yang bermaksud :
" Maha suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada satu malam dari Masjid al-Haram ke Masjid al-Aqsa yang telah kami berkati di sekelilingnya.
(Surah al-Isra' : ayat 1)
Firman-Nya lagi yang bermaksud :
" Dan telah Kami tundukkan untuk Sulaiman angin yang sangat kencang tiupannya yang berhembus dengan perintah-Nya ke negeri yang telah Kami memberkatinya. Dan adalah Kami Maha Mengetahui segala sesuatu."
(Surah al-Anbia' : ayat 80)
Di tanah itu terdapat Masjid al-Aqsa yang merupakan kiblat umat Islam yang pertama sebelum ditukar ke Masjidil Haram menghadap Kaabah. Rasulullah saw telah bersabda yang bermaksud :" Tidak digalakkan mengambil berat dalam pengembaraan kecuali kepada 3 masjid : Masjid al-Haram, masjid ini (Masjid Nabawi) dan Masjid al-Aqsa." (Riwayat Bukhari, Muslim, Ibnu Majah dan Abu Daud)Di bumi ini, terdapat ramai pesuruh Allah swt yang diutuskan di antaranya adalah Nabi Ibrahim, Nabi Ismail, Nabi Ishak dan Nabi Luth. Di sini juga adalah bumi Nabi Muhammad saw diisra'kan.Allahu... Allah...


Bangunlah Wahai Pahlawan IslamBumi ini pernah diperintah oleh Kristian selama beberapa ketika dan akhirnya jatuh ke tangan pahlawan Islam yang terkenal iaitu Salahuddin al-Ayyubi, seorang pemuda bangsa Kurdi, bukan berbangsa Arab. (Sesiapa yang berjuang di atas nama Islam, pasti Allah akan tingkatkan darjatnya)British telah mengisytiharkan penubuhan negara haram Yahudi menerusi Perjanjian Balfour pada 2 November 1917 dan mendapat persetujuan Amerika Syarikat pada 31 Ogos 1918.Pelajar Melayu yang belajar di Mesir pernah berjuang dengan menubuhkan Persekutuan Putera-Putera Semenanjung (PPS) yang kemudiannya ditukar nama kepada Persekutuan Melayu Mesir (1952) dan akhirnya nama yang terakhir adalah Persekutuan Melayu Republik Mesir, PMRAM (1971) bersama-sama kerajaan Mesir pada masa itu untuk memerangi tentera Israel yang bergabung dengan Perancis dan British. Pada 29 Oktober 1956, di atas semangat persaudaraan Islam, PMRAM telah menyertai tentera Mesir memerangi tentera musuh hingga ke perbatasan Suez. Para pelajar yang tidak berkeupayaan menyertai jihad ini telah memberi sumbangan dengan menderma darah. Golongan siswi pula tidak ketinggalan memberikan sumbangan menerusi khidmat menjahit pakaian tentera.Mereka Saudara KitaDan kini bumi Palestin telah digemparkan sekali lagi dengan peristiwa pembunuhan yang seolah-olah tidak akan sampai ke penghujungnya sehinggalah Yahudi melalui Israel Zionis menguasai setiap inci tanah Palestin. Namun yang perlu kita fikirkan adalah nasib saudara-saudara seIslam yang terkorban dan al-Aqsa di bawah penguasaan Israel Zionis.Apa yang dapat kami bantu wahai saudaraku...
1. Sekiranya anda seorang guru, ustaz, penceramah, rakan-rakan yang sedar dan cintakan saudara seIslam serta al-Aqsa, sampaikanlah kepada mereka akan kepentingan Palestin, Masjidil Aqsa serta semaikan di jiwa mereka kisah pahlawan Islam dan penderitaan saudara kita di sana. Sesungguhnya kita ini disatukan dengan kalimah La ila ha illaAllah.
2. Sekiranya anda berkemampuan dari segi kewangan maka bolehlah menderma di sini.
3. Sampaikan berita-berita terkini mengenai Palestin dan umat Islam di negara lain melalui emel, YahooGroup, SMS, MMS, majalah dan sebagainya sebagai medium penyampaian untuk memberi kesedaran kepada umat Islam dan rakyat Malaysia tentang penderitaan rakyat Palestin.
4. Anda boleh berusaha untuk memboikot barangan atau pengeluar yang membantu Israel dalam membangunkan ekonomi dan membunuh umat Islam di Palestin.
5. Sekiranya anda seorang penulis, wartawan, kolumnis atau seorang yang mempunyai kesedaran tentang pentingnya menyelamatkan tanah Palestin, al-Aqsa dan umat Islam, silalah untuk menulis surat, menulis artikel dan petisyen. Mudah-mudahan dengan usaha ini, ada di antara mereka yang berkuasa dan benar-benar sayangkan Islam akan memanjangkannya kepada pihak atasan, kedutaan dan lebih dari itu, OIC.
6. Sekiranya anda seorang penulis blog, admin web, pereka grafik yang kreatif membuat widget, bolehlah memaparkannya di blog dan web masing-masing. Anda disarankan juga untuk memakai baju "Bebaskan Palestin".
7. Jangan lupa untuk mendoakan mereka di Palestin, juga untuk para pejuang Islam yang sedang berjuang di negara masing-masing.Mudah-mudahan dengan usaha kecil kita ini dapat meringankan beban penderitaan umat Islam di Palestin. Dan Allah memandang kita sebagai Muslim yang telah berusaha untuk membantu saudara-saudaranya...InsyaAllah...

Saturday, May 30, 2009

zam

assalamualaikum ........sume

Tuesday, March 17, 2009

WAHAI KAWAN KAWAN

MARILAH HIAS BLOG NIE WALAUPON KTE DH BRPISAH!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Thursday, January 22, 2009

KuasE allAH

KEMATIAN PELUKIS DENMARK YANG MELUKIS KARIKATUR RASULULLAH S.A.W kita yg tercinta..Tlg sebar2kan kpd sumer yg beragama Islam mahupun bkan.. The artist who drew the pictures of the Prophet Mohammed (S.A.W) has died in afire. He was burned alive. Denmark governmen t is hiding the news from the public and everyone has to know. Plz spread this... . (Its the price one must pay 4 the insult of Allah's Prophet) Forward this to as many people as you can... Are you going to forward this or delete it? Just remember Allah is watching you if you love Allah then send this to everyone on your list because you have open this

Thursday, January 8, 2009

EPISOD 2

saat aku dan die bertntng mate...
hati ini mule jatuh cinte.....
rse mcm nk ketawe....
tp aku xkn sbb aku hormat pd nye....
hati ini rse mcm nk teriak....
nk bgtaw 1 dunie....
YANG AKU CINTA PADANYA!!!!


saat aku die dekati....
aku mule lupe diri..
perasaan aku disayangi...
tp sume NAFSU DIHATI........:((



TAMAT SUDAH PUISI JIWANG.......

EPISOD 1

saat first time kwn dgn kwn baek ku.....
hidup nie sungguh ceria...
semua bnde aku cite.....
rse mcm dduk dlm syurge....
xde duka sengsare....
tp sume dah berlalu....
die kini ader teman bru.....
hati ini mule rse cemburu....
x snggup tngk sume tu...
hnye tuhan yg tahu...
hati dan perasaan aku...

Tuesday, January 6, 2009

Tahu X??????

Assalamu`alaikum W.b.t

Air Mata Nabi Adam

Tahukah saudara semenjak Nabi Adam terkeluar dari syurga akibat tipu daya iblis, beliau menangis selama 300 tahun. Nabi Adam tidak mengangkat kepalanya ke langit kerana terlampau malu kepada Allah swt. Beliau sujud di atas gunung selama seratus tahun. Kemudian menangis lagi sehingga air matanya mengalir di jurang Serantip. Dari air mata Nabi Adam itu Allah tumbuhkan pohon kayu manis dan pokok cengkih. Beberapa ekor burung telah meminum air mata beliau. Burung itu berkata, "Sedap sungguh air ini." NabiAdam terdengar kata-kata burung tersebut. Beliau menyangka burung itu sengaja mengejeknya kerana perbuatan derhakanya kepada Allah. Ini membuatkan Nabi Adam semakin hebat menangis. Akhirnya Allah telah menyampaikan wahyu yang bermaksud, "Hai Adam , sesungguhnya aku belum pernah menciptakan air minum yang lebih lazat dan hebat dari air mata taubatmu itu."

Apa Yang Akan Ditanya:

Dalam sehari ada 24 jam.? Dalam sejam manusia bernafas sebanyak 4320 kali. Dalam setiap kali bernafas Allah akan tanya dua perkara semasa nafas keluar dan masuk.Pertanyaan itu ialah,"Apa perbuatan yang kamu lakukan semasa nafas itu keluar dan masuk?

Tiga Cahaya Di Hari Kiamat

Di hari kiamat ada tiga cahaya yang berlainan :
* Cahaya yang pertama seperti bintang-bintang.
* Cahaya yang kedua seperti cahaya bulan.
* Cahaya yang ketiga seperti cahaya matahari.
Apabila ditanya cahaya apakah ini ? Lalu dijawab :"Cahaya yang pertama ialah cahaya wajah-wajah manusia yang ketika di dunia, mereka akan meninggalkan pekerjaan dan terus bersuci dan mengambil air sembahyang
apabila terdengar azan.
Yang kedua ialah cahaya wajah mereka yang mengambil air sembahyang sebelum azan.
Cahaya yang ketiga ialah cahaya mereka seperti matahari.Mereka di dunia sudah bersiap sedia di dalam masjid sebelum azan lagi."

Kala Jengking Neraka

Di hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang bernama "Huraisy" berasal dari anak kala jengking. Besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi.
Malaikat Jibril bertanya : "Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa yang kau cari?"Huraisy pun menjawab, "Aku mahu mencari lima orang. Pertama,orang yang meninggalkan sembahyang. Kedua,orang yang tidak mahu keluarkan zakat. Ketiga,orang yang derhaka kepada ibubapanya. Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid. Kelima,orang yang suka minum arak."

Sampaikan kepada sekelian muslimin/muslimat yang lain semoga menjadi pedoman hidup hingga keakhir hayat, Insya'Allah .
Wassallam.